Sunday, January 31, 2010

Diam...

'Diam saja', kata dalam hati. Buat apa bising-bising tapi hati bagai riuh saja, berkecamuk macam nak pecah. Bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Ada pulak bisik suruh 'kasi pecah saja'. Biar mereka tahu apa yang kau pendam dalam hati. Bukan mereka sorang saja ada hati dan perasaan. Kita pun ada, bukan kita tapi aku. Aku pun ada! Ha...payah berkata-kata nanti bila mereka tahu, tahu tahu dah terasa. Balik balik pulak kita pula yang salah. Salahkah kita untuk beri tahu apa yang kita rasa? Salahkah kita ada perasaan? Mereka saja berhak ada perasaan. Inilah rasanya bila kau jadi minoriti di Negara di mana bangsa kau selalu diutamakan. Barulah kau tahu rasanya jadi minoriti. Baru kau rasa bagaimana perasaan ditindas. Dulu tidak pernah berhadapan dengan semua ini. Dulu kau fikir kita semua sama. Sama sangatlah kita ini. Malah dalam bangsa kita sendiri pun selalu di beza-bezakan, padahal asal keturunannya sama juga. Dari Adam juga kita datang.

Dia mampir lagi, kali ini dengan muka begitu sedih. Kadang aku tidak faham apa yang disedihkan. Sedangkan terang-terang dia adalah diutamakan di sini. Sakit peningnya di sini lebih orang pentingkan. Kalau aku sakit, padan saja dengan muka aku ini! 'Dila, tolong saya masukkan data dalam sistem.' kata dia. Aku mengangguk, angguk saja. Dia berlalu, tidak akan aku faham sampai bila-bila pun apa yang disedihkan sangat. Sedangkan bagi aku semua orang ada masalah, bukan dia seorang ada masalah. Tapi muka dia, tetap dia yang paling penuh dengan masalah. Ya, diam lebih baik, tapi kawan hanya berdiam bukanlah kawan yang baik. Jadi ego aku tewas lagi lalu aku pergi ke arah dia semula.

Dalam penuh payah, aku bertanya 'kenapa? apa masalah?'. Dia memandang aku dengan mata berkaca, 'Tidak apa-apa, cuma tadi sham cakap bos nak 'goreng' saya sebab kata saya dah tua, tak layak kerja di sini lagi" kata dia. Aku menahan tawa dari pecah, sebelum ceramah aku keluar dari mulut. Aku hampir betul akan pecah derai di situ. Umur 30 dikatakan sudah tua, umur bila pula dikatakan remaja?! Dan dalam ramai-ramai di pejabat yang sedikit orang ini, cakap seorang budak penghantar surat lebih dipercayai dari seorang bos. Sudah terang-terang juga budak itu selalu berbohong. Mana mungkin orang tua itu mahu buang orang dari kerja sesuka hatinya sahaja. Bukan senang nak cari penganti perempuan Cina yang banyak jasa dan banyak juga simpan rahsia peribadinya sendiri. Bukanlah sesenang itu. Lalu aku pun memulakan ceramah...